CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
create your own banner at mybannermaker.com!

Jumaat, 18 Mac 2011

:: Situasi 40 : Satu Perkataan Disebut Seluruh Dunia ::


SITUASI :
Awal pagi semalam saya menyaksikan perlawanan bola sepak Liga Juara-Juara di antara pasukan Real Madrid dan pasukan Lyon. Perlawanan yang sangat menghuburkan itu berakhir dengan kemenangan tiga gol berbalas kosong di pihak pasukan Real Madrid. Apa yang ingin saya kongsikan di sini ialah berkenaan sorakan para penonton apabila pemain menjaringkan gol. Di tempat saya menyaksikan perlawanan tersebut, terdapat pelbagai bangsa yang turut sama menyaksikan dan bersorak. Apabila pemain menjaringkan gol, semuanya bersorak satu perkataan yang sama iaitu ‘gol’. Teringat pula kata-kata seorang pengulas sukan suatu ketika dahulu :
“Sebenarnya sukan bola sepak ini menyatukan semua penonton. Ini kerana apabila pasukan mereka mendapat gol, mereka akan bersorak satu perkataan yang sama iaitu ‘gol’. Tidak kiralah Mat Saleh dari Amerika, Negro dari Afrika, Pak Arab dari Mesir, dan lain-lain lagi”



ULASAN :
Pada pendapat saya, sukan sememangnya salah satu unit penghubung di antara para penontonnya. Kita dapat lihat mereka akan sama-sama bersorak walaupun tidak mengenali antara satu sama lain. Namun apabila mereka berada di dalam satu kelompok yang sama, mereka ibarat seperti sebuah keluarga. Berkenaan perkataan ‘gol’ yang saya nyatakan di atas, saya menyokong kenyataan pengulas sukan terbabit. Saya sendiri pernah menyaksikan perlawanan bola sepak secara dalam talian melalui komputer riba. Walaupun pengulas perlawanan ketika itu mengulas dalam bahasa Arab, namun apabila ada pemain yang menjaringkan gol, perkataan yang sama disebut turut sama dan tetap berbunyi ‘gol’. Ini juga berlaku apabila menonton perlawanan bola sepak secara dalam talian di saluran berbahasa Cina. Pengulasnya turut menyebut ‘gol’ apabila gol dapat dijaringkan walaupun sebelum itu dia berbahasa Cina sepenuhnya. Saya merasakan perkara ini sangat menarik jika dikaji dengan lebih mendalam.


Mohammad Yusop








Tiada ulasan:

Catat Ulasan