CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
create your own banner at mybannermaker.com!

Rabu, 16 Mac 2011

:: Situasi 27 : Pertanyaan Atau Kemarahan? ::


SITUASI :
Hari ini saya bersama seorang rakan telah menjalankan pengajaran makro di sebuah sekolah menengah di Sungkai, Perak. Pengajaran makro ini merupakan salah satu syarat wajib untuk lulus dalam kursus Pengajaran Dan Penaksiran II. Semasa sampai di sekolah berkenaan, kami telah diuji dengan beberapa halangan antaranya bilik makmal bahasa yang sepatutnya kami gunakan pada hari ini telah digunakan oleh seorang guru yang dikatakan senior di sekolah berkenaan. Lalu kami mengambil jalan penyelesaian dengan meminta kebenaran untuk melaksanakan pengajaran makro di makmal sains sekolah yang tidak digunakan pada hari ini berkenaan. Selepas itu segalanya berjalan dengan baik. Namun apabila tiba giliran rakan yang sedang mengajar hampir ke penghujung pembelajaran, seorang pembantu makmal yang telah berusia datang dengan muka bengis dan terus menengking dengan soalan berikut :
Pembantu makmal : Ni ada apa ni? Bila nak habis?
Rakan : Sekejap je lagi encik. Minta maaf ye.
Pembantu makmal : Cepat sikit! Pukul berapa dah ni?!
Pembantu makmal yang telah berusia tadi terus meninggalkan kami sambil tercengang dengan gelagatnya yang dilihat amat tidak sopan.

ULASAN :
Berdasarkan situasi di atas, saya melihat betapa seorang yang telah berusia dan sepatutnya menunjukkan contoh teladan yang baik telah berkelakuan sebaliknya yang dilihat sangat tidak sopan. Walaupun kami datang hanya sebagai guru pelatih, sepatutnya dia menghormati tugasan kami. Mungkin kami juga bersalah kerana telah menggunakan waktu yang lebih pada hari tersebut sehingga menyebabkan dia terpaksa pulang lewat. Namun kami sudah meminta maaf dan sepatutnya dia memahami tugas kami dan bukannya memarahi kami dihadapan murid-murid. Sikap sebegini seperti menjatuhkan air muka orang lain dan mesti dielakkan dalam diri jika kita juga ingin dihormati oleh orang lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan