CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
create your own banner at mybannermaker.com!

Rabu, 16 Mac 2011

:: Situasi 35 : Pukul Berapa Atau Jam Berapa? ::

SITUASI :
Hari ini saya menghadiri kelas Karya Agung seperti biasa yang diajar oleh Profesor Emeritus Dr. Abdullah Hassan. Semasa sesi pembelajaran sudah tiba ke penghujungnya, seorang rakan saya bertanya waktu ketika itu menunjukkan jam berapa. Berikut merupakan soalan yang ditujukan kepada saya :
Rakan : Dah pukul berapa sekarang ni?
Saya : Dah 12.45.
Pada masa itu, rakan saya yang duduk di bahagian belakang menegur perbualan kami.
Rakan II : Bukan pukul berapa, jam berapa.



ULASAN :
Berdasarkan situasi di atas, saya percaya kebanyakan di antara kita masih menggunakan istilah yang sama untuk merujuk waktu. Sebenarnya perkataan tersebut tidak salah digunakan untuk merujuk waktu. Berdasarkan Kamus Dewan, perkataan pukul juga bermaksud ‘bahagian daripada sesuatu hari seperti yang ditunjukkan oleh jam, waktu tertentu dalam sesuatu hari’. Perkataan pukul tersebut tidak hanya merujuk ketuk dan sebagainya, sebaliknya kita perlulah melihat perkataan pukul tersebut dalam konteks makna yang lain seperti yang tercatat di dalam Kamus Dewan.



Mohammad Yusop


Tiada ulasan:

Catat Ulasan