CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
create your own banner at mybannermaker.com!

Rabu, 16 Mac 2011

:: Situasi 26 : Ayam Sunat ::


SITUASI :
Hari ini saya menjalankan rutin biasa dalam kehidupan di kolej. Awal pagi saya akan melayari laman sosial facebook untuk melihat perkembangan atau berita terbaru daripada rakan berkenaan kuliah dan sebagainya. Saya lihat dibahagian pemberitahuan, terdapat satu gambar yang telah ditandakan rakan kepada saya. Gambar tersebut sangat menarik perhatian saya kerana terdapat unsur bahasa yang agak melucukan. Di dalam gambar itu, tertulis satu pemberitahuan di hadapan kedai menjual haiwan peliharaan. Berikut merupakan gambar yang saya maksudkan :

ULASAN :
Berdasarkan situasi di atas, secara mata kasar sememangnya perkara tersebut dilihat sebagai suatu yang lucu, namun ia telah memberi kesan kepada ketinggian bahasa Melayu. Berdasarkan gambar tersebut, kedai peliharaan haiwan ini terletak di ibu kota Kuala Lumpur. Sikap pemilik kedai yang tidak mengambil berat terhadap penggunaan bahasa akan menyebabkan berlakunya penyalahgunaan bahasa yang berlarutan. Ini akan mempengaruhi anak-anak kecil yang memikirkan penggunaan bahasa tersebut betul dan terus menyimpan di dalam kamus minda mereka. Akhirnya, bahasa Melayu dilihat semakin rendah kualitinya kerana telah digunakan dengan sewenang-wenangnya oleh pihak yang tidak bertanggung jawab.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan