CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
create your own banner at mybannermaker.com!

Rabu, 16 Mac 2011

:: Situasi 34 : Kata Hubung Gabungan Dan Dan Tetapi. ::


SITUASI :
Hari ini berlangsung pembentangan berkumpulan kursus Sosiolinguistik yang kesemuanya membincangkan tentang peranan bahasa sama ada kepada masyarakat, bahasa kebangsaan, bahasa kehakiman dan lain-lain lagi. Semasa berlangsung pembentangan, saya dapat melihat beberapa orang pelajar masih tidak dapat menggunakan kata hubung gabungan dengan tepat di dalam pertuturannya. Sebagai contoh, saya ambil ayat yang berikut :
“dan yang paling penting bahasa Melayu adalah sebagai bahasa perpaduan”
Ayat ini diujarkan setelah ayat yang sebelumnya ditamatkan. Ini bermakna pelajar terbabit memulakan ayat dengan menggunakan kata hubung gabungan dan pada awal ayatnya.

ULASAN :
Kata hubung gabungan dan dan tetapi sepatutnya hanya digunakan di bahagian tengah frasa atau ayat. Ia berfungsi sebagai penghubung di antara satu premis ayat dengan premis ayat yang satu lagi. Kita sedia maklum, kesalahan ini sukar dikesan pada penulisan. Berdasarkan situasi di atas, ia berlaku di dalam situasi lisan iaitu semasa pembentangn berlangsung. Berdasarkan buku Semantik Pragmatik hasil tulisan Abdullah Yusof, kata hubung gabungan dan dan tetapi ada digunakan pada awal ayat seperti tertulis pada buku sejarah Melayu atau Sulalatussalatin. Di dalam bukunya, beliau membincangkan cara mengatasi masalah penyalahgunaan kata hubung gabungan ini iaitu penahu bahasa harus menukar teori ataupun pengguna bahasa sememangnya patut patuh pada undang-undang tatabahasa yang sedia ada.



Mohammad Yusop


1 ulasan:

  1. Tungsten Titanium Studio - Titanium Art | Tinksten - Tinksten
    Tungsten venza titanium glow Titanium Studio: Tungsten Studio is a titanium body jewelry premier can titanium rings be resized studio in the gaming world microtouch titanium providing the latest in innovative designs. raw titanium Tungsten Titanium Studio.

    BalasPadam