CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
create your own banner at mybannermaker.com!

Rabu, 16 Mac 2011

:: Situasi 19 : Terbeser / Buang Air Kecil ::


SITUASI :
Hari ini saya menyertai aktiviti konvoi amal bersama ahli Kelab Pemilik Perodua Viva Malaysia ke negeri Melaka. Ahli yang menyertai konvoi terbabit datang dari merata negeri antaranya Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan ada juga ahli yang datang dari Singapura. Suasana ketika berkumpul amat seronok kerana saya dapat mendengar pelbagai dialek negeri yang dituturkan oleh peserta konvoi. Dialek yang paling ketara dalam perbualan antara peserta ialah dialek Negeri Sembilan kerana majoriti ahli yang terlibat berasal dari Negeri Sembilan. Sebelum memulakan perjalanan, kami diberi taklimat oleh ketua konvoi yang berasal dari Negeri Sembilan. Saya mendengar taklimatnya dengan teliti yang masih menggunakan bahasa standard, namun kadangkala diselang-selikan dengan dialek Negeri Sembilan. Berikut merupakan antara kata-kata yang diselitkan dengan dialek Negeri Sembilan :
“selepas ni kita akan berhenti di stesyen minyak berdekatan untuk mengisi minyak. Ha sapo-sapo nak terbeser bolehla poei bereskan.”
Ayat tersebut telah menimbulkan persoalan daripada ahli dari Singapura yang tidak pernah mendengar istilah terbeser.
terbeser tu apa?”
Ahli lain yang memahami maksud perkataan tersebut terus menerangkan bahawa perkataan terbeser bermakna buang air kecil.

ULASAN :
Berdasarkan situasi di atas, saya sendiri melihat bahawa kepelbagaian dialek daerah atau negeri sebenarnya membawa satu keindahan. Apabila individu yang berlainan negeri berjumpa dan berbual, maka mereka akan didedahkan kepada beberapa istilah yang tidak difahami di antara mereka. Aktiviti seperti ini bukan sahaja dapat merapatkan hubungan silaturrahim antara ahli, malah dapat memperluaskan pengetahuan bahasa seseorang individu. Seperti contoh istilah yang saya berikan di atas, mungkin bukan rakyat Singapura sahaja yang tidak mengetahui makna perkataan tersebut, tetapi ada juga individu dari negeri lain yang masih tidak mengetahuinya. Apabila kita selalu melibatkan diri dalam aktiviti yang sedemikian, maka kamus minda kita akan bertambah secara tidak langsung malah ia akan memberikan kebaikan kepada kita apabila ditempatkan di negeri orang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan