CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
create your own banner at mybannermaker.com!

Rabu, 16 Mac 2011

:: Situasi 20 : Penggunaan Okey Oleh Bakal Guru ::


SITUASI :
Setelah beberapa minggu tugasan pengajaran mikro dilaksanakan, saya melihat penggunaan istilah ‘okey’ masih sukar di hapuskan daripada kalangan bakal guru bahasa Melayu termasuklah diri saya sendiri. Rakan saya sendiri ada mengira jumlah kekerapan seseorang pelajar menggunakan istilah ‘okey’ semasa melaksanakan pengajaran mikro dan keputusan yang diperolehi, seorang pelajar menggunakan tidak kurang daripada dua puluh istilah ‘okey’ sepanjang lapan hingga sepuluh minit pengajaran mikro berlangsung. Walaupun telah ditegur beberapa kali, namun penggunaan istilah ‘okey’ tetap berlaku.

ULASAN :
Seorang guru bahasa Melayu haruslah menggantikan penggunaan istilah ‘okey’ dengan istilah ‘baik’ atau ‘baiklah’. Penggunaan ini sering berlaku semasa penghabisan sesuatu ayat atau situasi dan beralih kepada ayat atau situasi yang lain. Saya melihat penggunaan istilah ‘okey’ ini amat sukar dielakkan dan dilihat sudah sebati dalam komunikasi para pelajar malah dikalangan pensyarah bahasa Melayu sendiri turut menggunakannya. Perkara sebegini perlulah dielakkan tertutamanya kepada guru bahasa Melayu sendiri kerana secara tidak langsung ia akan memberi impak yang tidak baik kepada pengajaran bahasa Melayu. Jika seorang guru bahasa Melayu sewenang-wenangnya menggunakan istilah yang salah, maka tidak hairanlah murid-murid di sekolah turut melakukan perkara yang sama.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan