CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
create your own banner at mybannermaker.com!

Rabu, 16 Mac 2011

:: Situasi 32 : Nasi Beriyani gam ::


SITUASI :
Hari ini saya dan beberapa orang rakan yang lain telah berpakat untuk menghadiri Karnival Jom Heboh anjuran TV3 di Danga Bay, Johor. Sekembalinya dari karnival berkenaan, saya dan rakan-rakan memilih untuk menikmati keenakan nasi beriyani abah yang terletak di Bandar Baru Uda, Johor Bharu. Menurut apa yang diceritakan oleh abang saya, restoran ini menyediakan pelbagai jenis nasi beriyani dan maskannya semua enak. Saya mengambil keputusan untuk menikmati nasi beriyani gam burung puyuh kerana tidak pernah menikmatinya sebelum ini. Setelah menunggu beberapa ketika, pelayan restoran datang menghantar makanan yang dipesan. Berikut merupakan kata-kata yang dituturkan pelayan restoran terbabit :
“ha gam lembu sapa punya, gam kambing, gam puyuh” sambil tersenyum.
Salah seorang rakan saya telah bergurau dengan bertanyakan “gam gajah ada bang?”
Semua yang ada disitu tergelak termasuklah pelayan terbabit.



ULASAN :
Berdasarkan pada situasi di atas, saya dapat lihat para pelayan sangat pandai melayan pelanggan yang datang dan kadangkala layanannya juga buat kami terhibur dengan pertanyaan seperti ‘gam lembu, gam kambing dan gam puyuh’. Nasi beriyani gam sememangnya popular di negeri Johor terutamanya di daerah Batu Pahat. Mungkin masih ada di antara kita yang masih tertanya-tanya apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan nasi beriyani gam? Adakah nasi beriyani itu dicampur dengan gam? Sebenarnya apa yang yang diakatakan nasi beriyani gam ialah nasi beriyani yang dicampurkan sekali dengan lauk di dalamnya. Sebagai contoh, nasi beriyani gam kambing, lauk daging kambing akan diletakkan di dalam nasi menjadikan nasi terbabit lebih beraroma berbanding nasi beriyani biasa. Itulah sebenarnya nasi beriyani gam yang sering menjadi persoalan kepada sesetengah pihak.

Mohammad Yusop


Tiada ulasan:

Catat Ulasan