CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
create your own banner at mybannermaker.com!

Rabu, 16 Mac 2011

:: Situasi 36 : Istilah Sukar ::

SITUASI :
Hari ini saya melakukan sedikit ulangkaji memandangkan giliran melakukan pembentangan bagi kursus Semantik dan Pragmatik akan dilaksanakan pada hari esok. Semasa membaca bab yang berkenaan dengan tajuk pembentangan saya di dalam sebuah buku yang dihasilkan oleh seorang pensyarah yang mempunyai kepakaran dalam bidang ini, saya tiba-tiba berasa keliru dengan pelbagai istilah sukar yang digunakan bagi menerangkan sesuatu pernyataan atau contoh. Pernyataan sukar yang saya maksudkan adalah seperti berikut :
“substantiva”



ULASAN :     
Berdasarkan situasi di atas, saya secara peribadi ingin memberi pendapat berkenaan penggunaan ayat dan istilah berdasarkan buku berkenaan. Sebagai seorang pensyarah yang pakar dalam bidang berkenaan, sepatutnya beliau berperanan sebagai penyampai maklumat kepada para pembaca. Namun apa yang saya lihat daripada pembacaan dari buku berkenaan, maklumat yang cuba disampaikan kepada para pembaca seperti samar-samar dan ada sesetengahnya langsung tidak difahami maksud yang sebenar. Jika penulis hanya memberikan maklumat berdasarkan kefahamannya sahaja, maka buku tersebut sepatutnya tidak perlu dijual dan disimpan untuk rujukannya sahaja. Tujuan sebenar sesebuah buku rujukan ditulis adalah untuk menyampaikan maklumat dengan mudah dan memberi kefahaman kepada pembaca. Oleh itu, para penulis haruslah peka dengan situasi sebegini agar pembaca tidak celaru ketika membaca buku yang dihasilkannya.

Mohammad Yusop


Tiada ulasan:

Catat Ulasan