CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
create your own banner at mybannermaker.com!

Rabu, 16 Mac 2011

:: Situasi 30 : Terima Kasih Tuan! ::


SITUASI :
Hari ini saya menghadiri satu perjumpaan bersama ahli kelab kereta iaitu Kelab Pemilik Perodua Viva Malaysia di Johor Bharu. Pada asalnya saya memang sudah dijemput untuk menghadiri perjumpaan berkenaan supaya dapat sama-sama memeriahkan majlis yang akan diadakan. Namun memandangkan saya berada di Perak ketika dihubungi oleh ahli kelab di Johor Bharu, maka saya menolak pelawaan tersebut. Hari ini kebetulan saya pulang ke Johor Bharu untuk menguruskan sedikit hal keluarga dan dikesempatan itu saya memperuntukkan sedikit masa untuk menghadiri majlis berkenaan. Apabila tiba di majlis tersebut, saya disambut oleh seorang ahli jawatankuasa yang sedang menunggu ketibaan ahli kelab yang lain. Berikut merupakan teguran pertama ahli jawatankuasa terbabit semasa menyambut ketibaan saya :
“Eh tuan ada. Terima kasih tuan sebab datang. Dah lama tak jumpa orang lama kelab”
Saya merasakan terlalu segan ketika itu kerana telah disapa dengan panggilan tuan sedangkan orang yang menyambut saya berumur lebih tua daripada saya.



ULASAN :
Berdasarkan situasi di atas, kita dapat lihat bagaimana seorang individu yang lebih tua menunjukkan rasa hormat kepada ahli lama sedangkan saya jauh lebih muda darinya. Saya sangat kagum dengan individu tersebut kerana dia telah menunjukkan satu penghormatan kepada orang lain dengan caranya berbahasa walaupun menyedari orang yang disapa itu lebih muda darinya. Sikap sebegini patut dicontohi kepada individu lain agar hubungan yang terjalin sesama rakan akan bertambah erat hanya dengan kesantunan bahasa yang digunakan.

Mohammad Yusop


Tiada ulasan:

Catat Ulasan