CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
create your own banner at mybannermaker.com!

Rabu, 16 Mac 2011

:: Situasi 37 : Sikap Tidak Serius Membawa Padah ::


SITUASI :
Hari ini bermulanya pembentangan tugasan individu kursus Semantik dan Pragmatik yang diajar oleh pensyarah yang sangat berpengalaman dalam subjek berkenaan. Pensyarah berkenaan telah meminta saya meneruskan pembentangan di dalam kelas menggunakan kaedah rakaman kerana beliau terpaksa keluar menilai pelajar yang sedang berpraktikum. Tiba giliran seorang pelajar yang dilihat sering tidak serius di dalam melaksanakan pelbagai perkara termasuklah pembentangan yang dilakukannya pada hari ini. Semasa pelajar terbabit membentang, terdapat soalan yang dikemukakan oleh rakan sekelas kerana terdapat kekeliruan pada bahan pembentangannya. Akibat daripada sikapnya yang kurang serius di dalam banyak perkara, dia telah memberikan jawapan kepada pertanyaan tersebut dengan pernyataan di bawah :
“betul la ni aku ambik dalam buku. Kalau salah mesti sebab buku ni tak bagus”
Dia telah terlepas mengeluarkan kenyataan tersebut secara bergurau dan tidak menyedari bahawa pembentangannya sedang dirakam. Akhirnya video rakaman pembentangannya terpaksa diedit dan dipotong bahagian yang berikut.



ULASAN :
Berdasarkan situasi di atas, kita dapat lihat bahawa sikap sambil lewa dan tidak serius seringkali akan menyusahkan diri sendiri. Walaupun kata-kata yang dikeluarkan secara gurauan, namun jika diketahui oleh penulis buku terbabit, mungkin akan mengakibatkan pihak terbabit berasa marah ataupun kecil hati.  Berdasarkan situasi berkenaan, buku yang digunakan adalah tulisan pensyarah yang mengajar subjek itu sendiri. Oleh itu, kita haruslah berhati-hati dalam menuturkan kata-kata kerana kita perlu ingat pada satu bidalan yang berbunyi ‘kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa’.


Mohammad Yusop


Tiada ulasan:

Catat Ulasan