CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
create your own banner at mybannermaker.com!

Rabu, 16 Mac 2011

:: Situasi 24 : Kata Sapaan Yang Tepat ::


SITUASI :
Hari ini saya menghadiri satu seminar anjuran Persatuan Bahasa Melayu bekenaan penggunaan kata sapaan yang tepat. Penceramah yang dijemput untuk menyampaikan ceramah berkenaan ialah Dr. Zulkifli, Pensyarah Kanan Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu Universiti Pendidikan Sultan Idris. Saya amat tertarik dengan ceramah yang disampaikan kerana ia amat berguna kepada para pelajar yang sememangnya akan terlibat denga pelbagai majlis atau situasi yang memerlukan kita menggunakan kata sapaan. Berikut merupakan potongan ayat penceramah yang dapat saya kongsikan bersama :
“Kita tidak boleh sesuka hati memanggil orang lain dengan panggilan pakcik, abang dan sebagainya. Sebaliknya kata sapaan yang betul ialah encik dan sangat sesuai digunakan kepada sesiapa sahaja”

ULASAN :
Berdasarkan ceramah yang saya hadiri ini, saya sangat bersetuju dengan kenyataan di atas. Seringkali saya melihat individu menegur orang yang tidak dikenali dengan panggilan abang, pakcik dan sebagainya. Perkara sebegini tidak akan menimbulkan masalah sekiranya orang yang ditegur merupakan orang biasa dan tidak mempunyai sebarang pangkat atau gelaran khas. Sebaliknya jika berlaku kepada individu yang mempunyai darjah kebesaran seperti Datuk, Tan Sri, Profesor dan sebagainya, kadangkala golongan ini akan rasa tersinggung dengan kata sapaan tersebut. oleh itu, bagi mengelakkan sebarang situasi yang tidak diingini, penggunaan kata sapaan ‘encik’ adalah sangat sesuai jika digunakan untuk menegur sesiapa sahaja. Bermula dari hari ini, saya sememangnya sudah berlatih untuk menegur orang yang saya tidak kenali dengan panggilan ‘encik’.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan