CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
create your own banner at mybannermaker.com!

Rabu, 16 Mac 2011

:: Situasi 21 : Bahasa Seberang ::


SITUASI :
Hari ini saya pergi ke kedai makanan Abuya yang terletak bersebelahan dengan Masjid Tanjong Malim. Di kedai tersebut terdapat seorang pekerja dari Jawa Barat, Indonesia yang membahasakan dirinya Umi. Pekerja ini amat peramah dan pandai berbahasa dengan pelanggan yang datang sehingga hubungan di antara pelanggan dengan pekerja ini amat rapat. Di bawah ini merupakan salah satu potongan perbualan saya dengan pekerja terbabit.
Umi : Datang sorang ja? Mana itu temannya?
Saya : Ha’ah sorang je arini. Dia ada kerja.
Umi : Nak makan apa arini?
Saya : Nasi lemak jela Umi.
Umi : Piro? Siji? Loro? Telu? Papat? (dia ketawa)
Saya : Siji. (saya tersenyum dengan gurauannya)

ULASAN :
Pada pendapat saya mengenai situasi ini, saya amat berbangga dengan pekerja terbabit yang pandai bergaul dengan para pelanggannya yang diumpama seperti anak sendiri. Situasi ini saya lihat amat berbeza dengan pekerja yang berasal dari negara ini. Kebanyakan pekerja di sini amat sombong dan tidak pandai mengambil hati para pelanggan. Pekerja terbabit mudah rapat dengan sesiapa sahaja walaupun baru mengenali hanya beberapa kali. Saya sendiri tidak selalu datang ke kedai terbabit, namun dia masih mengingati saya berasal dari negeri Johor dan berketurunan Jawa. Itulah sebabnya dia cuba bertutur bahasa Jawa dengan saya. Di sini barulah saya melihat pekerja seperti Umi patut dijadikan ikon kempen “Bahasa Jiwa Bangsa”


Tiada ulasan:

Catat Ulasan