CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
create your own banner at mybannermaker.com!

Rabu, 16 Mac 2011

:: Situasi 31 : Bela Atau Baik Pulih? ::


SITUASI :
Hari ini saya melawat keluarga pakcik di Segamat, Johor. Semasa di rumah pakcik, saya terdengar beberapa istilah yang agak mengelirukan yang dituturkan oleh pakcik kepada anak-anaknya. Salah satu perbualan yang ingin saya kongsi adalah berkenaan istilah ‘bela’. pada mulanya anak pakcik yang bernama Haziq baru pulang dari bengkel membaiki motosikal kerana motosikalnya menghadapi masalah pada enjin. Berikut merupakan perbualan antara pakcik dan anaknya :
Pakcik : kat mane ko bela motor tu?
Haziq : kat kedai angah depan tu je. Dah ok ni.
Saya agak tertanya-tanya di dalam hati berkenaan kesesuaian istilah bela yang dituturkan pakcik merujuk membaik pulih motosikal.

ULASAN :
Berdasarkan situasi di atas, kemungkinan perkataan bela yang dituturkan oleh pakcik sering digunakan dalam kalangan keluarganya. Hal ini demikian kerana anaknya langsung tidak mengalami masalah untuk memahami soalan yang diutarakan oleh pakcik. Jika dilihat pada perkataan bela tersebut, saya tentunya membayangkan haiwan yang dibela ataupun barangan yang dijaga rapi dan kamus minda saya langsung tidak memikirkan bahawa perkataan bela itu merujuk makna membaik pulih. Berdasarkan Kamus Dewan, makna perkataan bela sememangnya merujuk memelihara sama ada haiwan ataupun memelihara harta benda. Saya juga tidak menemui makna perkataan bela merujuk membaik pulih. Saya dapat simpulkan di sini bahawa kemungkinan istilah tersebut telah digunakan secara turun temurun dan sudah sebati dengan keluarga pakcik.


Mohammad Yusop


Tiada ulasan:

Catat Ulasan