CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
create your own banner at mybannermaker.com!

Rabu, 16 Mac 2011

:: Situasi 18 : Khalwat Dulu Dan Khalwat Kini ::


SITUASI :
Hari ini saya membaca sebuah buku yang mengisahkan perjuangan Rasulullah S.A.W semasa hidupnya. Perkara yang menarik perhatian saya dan ada kaitannya dengan situasi bahasa ialah berkenaan penggunaan istlah khalwat yang terdapat di dalam buku tersebut. berikut merupakan potongan ayat yang saya ambil untuk dikongsikan bersama :
“Rasulullah S.A.W gemar berkhalwat di dalam gua untuk mencari ketenangan dan hidayah. Ada kalanya mukjizat turun saat baginda sedang bersendirian.”
Saya ambil pula keratin akhbar yang bertajuk “pelajar IPTA ditangkap khalwat”
“sepasang kekasih yang dipercayai masih menuntut di institut pengajian tinggi awam di ibu negara telah ditangkap khalwat dalam satu serbuan di hotel mewah bersempena operasi cegah maksiat pada hari kekasih semalam.”
Cuba kita lihat persamaan dan perbezaan perkataan khalwat pada pernyataan di dalam buku dan laporan akhbar di atas.

ULASAN :
Berdasarkan situasi di atas, saya tertarik untuk membincangkan istilah khalwat yang popular pada masa dahulu dengan istilah khalwat yang popular pada hari ini. Jika kita merujuk pada Kamus Dewan, perkataan khalwat sememangnya memberi dua makna. Makna perkataan khalwat yang pertama merujuk perihal (perbuatan) mengasingkan atau memencilkan diri (kerana menenangkan fikiran, bertafakur, dll) manakala makna lain merujuk pengasingan diri berdua-duaan di tempat yang terpencil atau tersembunyi, oleh lelaki dan perempuan yg bukan muhrim dan bukan pula suami isteri (sehingga dapat dianggap sebagai suatu perbuatan yang sumbang). Berdasarkan huraian berikut kita dapat lihat persamaan yang ada pada kedua-dua situasi ialah kedua-duanya mengasingkan diri di tempat yang sunyi dan perbezaannya pula ialah perkara yang dilakukan sama ada mencari ketenangan dan beribadat ataupun melakukan perkara maksiat. Jika kita lihat pada konteks hari ini, apabila disebut sahaja perkataan berkhalwat, maka pandangan masyarakat akan terus kepada makna yang kedua iaitu melakukan  perbuatan maksiat. Inilah perbezaan jelas yang berlaku pada bahasa menurut peredaran zaman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan