CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
create your own banner at mybannermaker.com!

Rabu, 16 Mac 2011

:: Situasi 28 : Wanita, Perempuan Dan Betina ::


SITUASI :
Hari ini saya menghadiri seminar Bahasa Melayu Tinggi yang telah disampaikan oleh Profesor Emeritus Dr. Abdullah Hassan. Pada ceramahnya, saya tertarik dengan isu penggunaan istilah wanita dan perempuan. Menurutnya kita sebagai insan yang berpendidikan haruslah menggunakan bahasa yang arasnya lebih tinggi berbanding golongan lain yang tidak berpendidikan. Oleh itu, jika ingin merujuk kepada seorang perempuan yang berjaya, kita patut gunakan istilah wanita agar ia lebih menggambarkan kedudukan tinggi yang ada padanya. Saya sangat setuju dengan kenyataannya kerana sebelum ini saya sering mendengar istilah perempuan jalang, perempuan sundal dan pelbagai lagi istilah buruk yang dikaitkan dengan perkataan perempuan. Namun, saya juga teringat istilah perempuan ini disebut dengan istilah betina oleh orang Kelantan. Saya masih ingat soalan yang ditujukan rakan yang berasal dari negeri Kelantan.
“Ore jate ko ore tino hok gaduh tu?”
Saya agak keliru untuk menjawab soalannya kerana saya tidak biasa untuk menggunakan istilah betina untuk merujuk perempuan dan akhirnya saya menjawab dengan perkataan “perempuan”. Oleh itu adakah saya menjawab persoalannya?

ULASAN :
Berdasarkan situasi di atas, saya ambil ketiga-tiga perkataan tersebut dan di rujuk maknanya kepada Kamus Dewan. Makna perkataan wanita ialah orang perempuan, menunkukkan sifat-sifat kewanitaan manakal perkataan perempuan merujuk makna lawan laki-laki, yang suka pada laki serta merujuk juga beberapa istilah yang kurang baik. Apabila merujuk kepada makna perkataan betina pula, ia bermaksud panggilan kesat kepada wanita yang kelakuannya menyimpang daripada norma masyarakat. Jelas kita dapat lihat di sini bahawa perkataan yang paling elok untuk merujuk kepada seorang perempuan ialah wanita manakala perkataan yang paling teruk ialah betina. Saya mula terfikir di dalam hati bahawa suatu hari nanti saya ingin beristerikan seorang wanita dan bukannya perempuan ataupun betina.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan