CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
create your own banner at mybannermaker.com!

Rabu, 16 Mac 2011

:: Situasi 38 : Ceklat Atau Gula-Gula? ::


SITUASI :
Minggu ini merupakan minggu yang paling sibuk dan padat dengan pelbagai kerja yang tertangguh memandangkan semua tugasan harus dihantar pada minggu ini ataupun minggu hadapan. Semasa di dalam kelas, saya melihat  rata-rata rakan yang lain mengalami keletihan kerana tidak cukup tidur akibat berjaga malam menyiapkan segala tugasan yang mesti dihantar. Semasa sesi pembelajaran sedang berlangsung, rakan saya  yang duduk di belakang bertanya saya sama ada saya mempunyai gula-gula atau tidak untuk menghilangkan ngantok. Berikut merupakan pertanyaanya kepada saya :
“Wei San, mu ade ceklat tak? Ngantok mata aku ni”
Saya teringat ketika kali pertama mendengar perkataan ceklat daripada seorang rakan yang berasal dari negeri Kedah. Pada masa itu saya agak bingung kerana jarang sekali saya membawa coklat datang ke kelas dan memikirkan apa motifnya tiba-tiba bertanya sama ada saya mempunyai coklat atau tidak. Rupa-rupanya coklat yang dimaksudkan merujuk kepada gula-gula.




                                                                        coklat



                                                                          gula-gula



ULASAN :
Berdasarkan situasi di atas, kita dapat lihat kekeliruan yang berlaku daripada penggunaan perkataan yang biasanya kita rujuk pada suatu benda yang tertentu, namun digunakan oleh rakan untuk merujuk makna yang berlainan. Apabila berkata tentang coklat, sudah pasti kita akan membayangkan coklat yang enak berjenama Cadbury, Van Hauten, Ferero Rosher dan sebagainya. Oleh itu, jarang sekali kita membawa coklat yang berkenaan datang ke kelas. Rupanya terdapat makna sebaliknya berdasarkan perkataan coklat terbabit. Setelah diteliti, saya dapat mengesan perkataan coklat yang merujuk makna gula-gula hanya digunakan oleh individu yang berasal dari negeri bahagian utara dan bahagian pantai timur semenanjung Malaysia. Selain itu, ada juga perkataan lain yang berlaku keadaan seperti situasi di atas antaranya perkataan timun yang digunakan merujuk buah tembikai yang digunakan oleh orang pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu.

Mohammad Yusop


Tiada ulasan:

Catat Ulasan