CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
create your own banner at mybannermaker.com!

Rabu, 16 Mac 2011

:: Situasi 23 : Penangan Dialek ::


SITUASI :
Hari ini saya bersama keluarga pergi ke Kulim, Kedah untuk menghadiri satu majlis pernikahan sepupu. Perjalanan dari Tanjong Malim ke Kulim memakan masa selama empat jam. Semasa tiba di Plaza Tol Juru, abang saya yang memandu tidak dapat mengingati jalan ke rumah pengantin kerana sudah lama tidak menziarahi keluarga terbabit. Ayah telah mengambil keputusan untuk menghubungi pakcik saya untuk bertanyakan laluan sebenar ke rumahnya. Berikut merupakan perbualan ayah dan pakcik :
Ayah: Assalamualaikum. Hang dang tido ka?
Pakcik : Waalaikumussalam. Dak aih. Cerah lagi mata ni. Hang dah dok mana?
Ayah : Aku dah kat Tol Juru ni. Tak tau dah jalan nak ke rumah hang. Lupa dah.
Pakcik : Oh dah senang tu. Hang terus ikut jalan Seberang Jaya, nanti hang nampakla signboard Kulim.
Selepas mendapat penerangan serba sedikit daripada pakcik, kami pun meneruskan perjalanan ke destinasi yang dihajati.

ULASAN :
Berdasarkan situasi di atas, saya amat tertarik dengan perbualan ayah dan pakcik. Kedua-duanya berasal dari negeri Johor, namun perbualan yang digunakan adalah dialek utara. Pakcik saya sudah lama menetap di Kulim dan mungkin dialek daerah dan masyarakat sekitarnya telah mempengaruhi cara percakapannya. Perkara yang lebih menarik, ayah juga turut terikut-ikut menggunakan dialek utara semasa berbual dengan pakcik. Rupa-rupanya sungguh indah situasi bahasa di negara ini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan