CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
create your own banner at mybannermaker.com!

Rabu, 16 Mac 2011

:: Situasi 29 : Adab Berbahasa ::


SITUASI :
Hari ini saya menghadiri perjumpaan pelajar bahasa Melayu semester enam bersama Ketua Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Prof. Madya Dato’ Paduka Dr. Mohd Rosli Bin Saludin, penyelaras praktikum, Encik Nik Hassan Basri dan penyelaras bahasa Melayu, Dr. Siti Saniah. Perjumpaan ini diadakan bagi membincangkan isu-isu berkaitan praktikum yang banyak menimbulkan permasalahan kepada para pelajar. Namun isu yang sepatutnya diperbincangkan telah diketepikan dan digantikan dengan taklimat berkenaan praktikum. Apabila taklimat sudah berakhir, barulah dibuka soalan kepada para pelajar. Dua orang pelajar telah bangun untuk bertanyakan solan dan memberikan pendapat mengenai penempatan praktikum. Apabila soalan telah diutarakan, kami telah dikejutkan dengan teguran Ketua Jabatan yang mendakwa kami kurang ajar dan tidak beradab semasa berbahasa. Beliau menyatakan sepatutnya kami perlu bangun, meminta maaf, memberikan salam dan akhirnya barulah bertanyakan soalan. Akhirnya perjumpaan yang dilaksanakan bagi menyelesaikan beberapa masalah berkenaan praktikum berganti kepada situasi yang suram kerana bukan sahaja masalah tidak mendapat jawapan yang sepatutnya, sebaliknya kami di hentam kerana dikatakan tidak pandai berbahasa.

ULASAN :
Berdasarkan situasi di atas, saya tidak dapat melihat kebenaran sebenarnya terletak di pihak mana. Saya yang ada di dalam perjumpaan tersebut mendengar sendiri rakan pelajar yang bangun dan memberikan soalan kepada penyelaras praktikum. Mungkin dengan keadaan ruang yang agak besar dan tidak terdapat pembesar suara pada pelajar berkenaan, maka suaranya terpaksa ditinggikan untuk memberikan soalan yang lebih jelas. Pada pandangan saya, ketika itulah Ketua Jabatan merasakan pelajar tersebut kurang ajar dan meninggikan suara. Saya di pihak pelajar akui kami ketika itu dalam keadaan yang beremosi dan mungkin tidak perasan bahawa kami telah melakukan sesuatu yang biadab. Namun, kami menerima teguran tersebut dengan baik dan mungkin dapat dielakkan untuk perjumpaan yang akan datang.  


Tiada ulasan:

Catat Ulasan