CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
create your own banner at mybannermaker.com!

Selasa, 15 Februari 2011

::Situasi 8: ‘Below Cost’::

Saya telah pergi ke kedai komputer di hadapan pintu timur kampus UPSI untuk membaiki alat cetak yang mengalami sedikit masalah. Ketika menunggu pekerja kedai membaiki alat cetak milik saya, terdapat dua orang pelajar perempuan datang untuk membeli peralatan komputer. Apabila bertanyakan harga barang yang diingini kepada pekedai tersebut, kedua-duanya terkejut dengan harga yang ditawarkan kerana hampir dua kali ganda berbanding di kedai lain. Pelajar perempuan tersebut menyatakan rakannya membeli di kedai lain hanya dengan harga RM18 sedangkan di kedai itu harga yang paling rendah ditawarkan ialah RM30 dan harga asalnya RM35 seperti tertera pada tanda harga.
Pekedai : mana you punya kawan beli itu barang?
Pelajar : itu kedai hujung, tapi sekarang sudah tutup.
Pekedai : itu kedai jual barang below cost, sebabtu dia tutup. (dengan muka berlagak)
Pelajar : (tercengang dan membuat mimik muka masam)
Pekedai itu terus berlalu dan meninggalkan dua orang pelajar perempuan tadi dan meneruskan kerjanya.

ULASAN :
Setelah melihat peristiwa tersebut, di dalam fikiran saya bermain dua persoalan sama ada pekedai itu pada pihak yang salah ataupun pelajar perempuan tersebut berbohong untuk mendapatkan harga yang lebih murah. Namun apa yang mengecewakan ialah sikap pemilik kedai tersebut yang bongkak dan tidak melayan karenah pelanggan. Pekedai harus tahu bahawa pelanggan sentiasa di pihak yang benar. Untuk mendapatkan kepastian tentang pihak mana yang benar, saya meneliti sendiri barang di kedai tersebut yang pernah saya miliki. Saya terpandang tanda harga isian semula dakwat mesin pencetak di kedai itu menunjukkan harga RM20 sedangkan saya pernah membeli barang yang sama dengan harga RM13 sahaja. Jadi sudah jelaslah bahawa kedai tersebut menjual peralatan komputer dengan harga yang lebih tinggi. Saya menyindir di dalam hati dengan mengatakan “orangtu jual below cost ke, dia yang jual cekik darah?”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan