CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
create your own banner at mybannermaker.com!

Selasa, 15 Februari 2011

::Situasi 10: Memo Atau Amaran?::

Ketika saya pulang dari makan malam bersama rakan, saya telah terbaca satu memo yang ditulis dengan tulisan tangan dan ditampal di hadapan pintu lif Kolej Harun Aminurrashid. Pada permulaan memo, penulis mengingatkan agar sesiapa yang mengambil barangnya diminta pulang semula sebelum lewat malam. Setelah itu penulis juga telah memberikan ugutan untuk melakukan sesuatu terhadap pencuri sekiranya pencuri itu tidak memulangkan barangnya.

ULASAN:
Memo seperti ini sering saya lihat ditampal pada papan kenyataan atau lif kolej kediaman sekiranya seseorang kehilangan barang. Sebelum ini saya berasa simpati dengan memo yang ditampal kerana membayangkan kesusahan yang dihadapi individu itu tatkala kehilangan barang yang mukin sangat berguna dan berharga. Saya juga akan berdoa di dalam hati meminta orang yang mengambilnya memulangkan semula. Akan tetapi pada memo kali ini saya tidak berasa kasihan, sebaliknya timbul perasaan benci pada si penulis memo. Apa yang membuatkan saya benci ialah ugutan yang dinyatakan pada penghujung memo iaitu akan melakukan sesuatu dengan caranya sendiri sehingga si pencuri memulangkan barangnya. Lain pula kata saya di dalam hati. Saya bertanya sendirian, siapa dia untuk melakukan sesuatu yang menyalahi agama seperti menggunakan bomoh dan sebagainya. Tidak mustahil pelajar terbabit sememangnya ada pendamping kerana saya sendiri pernah memalui peristiwa di mana pelajar serumah saya hidup dalam keadaan resah kerana pendampingnya membuat ‘hal’. Saya bukanlah percaya seratus peratus perkara ghaib sebegini kerana saya sendiri tidak pernah lihat, akan tetapi di dalam Al-Quran ada menyatakan bahawa jin juga wujud di dunia ini. Berbalik kepada amaran insan malang terbabit, mungkin dia berasa terlalu marah kerana kehilangan barang, namun cara yang digunakan perlulah berlandaskan agama dan tidak menyimpang. Kita sepatutnya menggunakan senjata yang utama iaitu berdoa dan bukan melakukan perkara yang menyimpang dari agama. Allah telah berjanji bahawa doa orang yang teraniya akan dimakbulkan. Fikirkanlah wahai pembaca sekalian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan