CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
create your own banner at mybannermaker.com!

Selasa, 15 Februari 2011

:: Situasi 9: Smart atau semak?::

Perkara biasa yang akan dilakukan apabila menunggu ketibaan pensyarah di bilik kuliah ialah berbual mengenai pelbagai isu bersama rakan-rakan. Sedang saya rancak berbual-bual bersama rakan yang lain di dalam bilik kuliah, ada seorang rakan baru tiba ke kelas dengan berpakaian yang agak kemas. Salah seorang rakan saya yang berasal dari Terengganu dengan spontan berkata, “huu semak mu hari ni…”. Saya menegur ungkapan tersebut dengan bertanyakan kembali sama ada dia mengatakan smart atau semak?

ULASAN:
Ungkapan sebegitu sememangnya sudah lali dan sebati dengan masyarakat yang berasal dari negeri di bahagian pantai timur. Sekilas dengar, ungkapan tersebut berbunyi semak sedangkan perkataan yang sebenarnya ialah ‘smart’ iaitu perkataan bahasa Inggeris yang bermaksud segak. Apabila individu yang tidak biasa dengan ungkapan tersebut mungkin akan tersalah tafsir dengan perkataan yang diungkapkan. Ungkapan tersebut boleh membawa maksud semak iaitu menyibuk ataupun mengganggu. Kesimpulannya, biarlah kita jadi insan yang smart, jangan semak di mata orang lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan